Wednesday, January 19, 2011

annur35: cahaya atas cahaya/cahaya meliputi cahaya


sebelum kita memahami annur35 ..disini saya terangkan dahulu penerangan dari segi makhluk dahulu/penciptaan allah...kita ambil contoh2nya:
        1:matahari :  jadikan A itu sebagai  matahari manakala B itu adalah cahaya/kuasanya yg sampai kemuka bumi ini ..perhatikan yg manakah meliptui antara satu sama lain..anda akan lihat : B iaitu cahaya/kuasanya meliputi A iaitu  matahari itu sendiri

         2:mentol :    jadikan A itu sebagai  mentol manakala B itu adalah cahaya/kuasanya yg menerangi sebuah bilik ..perhatikan yg manakah meliptui antara satu sama lain..anda akan lihat : B iaitu cahaya/kuasanya meliputi A iaitu mentol itu sendiri

        3: magnet    jadikan A itu sebagai magnet manakala B itu adalah medan magnet/kuasanya bila mana ada 2 magnet tidak dapat ditemukan antara selatan dgn selatan disebabkan medan magnet tadi ..perhatikan yg manakah meliptui antara satu sama lain..anda akan lihat : B iaitu medan magnet/kuasanya meliputi A iaitu  magnet itu sendiri

         4:manusia:   jadikan A itu sebagai  manusia yg matanya seperti lampu suluh dan anda akan memahami yg bila manusia itu berpusing 360 darjah anda akan paham B itu adalah  melihat/cahaya yg keluar dari matanya....perhatikan yg manakah meliptui antara satu sama lain..anda akan lihat : B iaitu melihat/cahaya yg keluar  meliputi A iaitu  manusia  itu sendiri

     kesimpulan: makhluk..
sifat kuasa/cahaya/melihat mereka meliputi mereka sendiri
sifat kuasa/cahaya/melihat mereka lebih besar dari mereka sendiri= B lebih besar dari A
makhluk juga dapat memberi bekas/menyebabkan terjadi sesuatu pada yg lain tanpa perlu bersekutu/bersentuh contoh:

1:matahari: apabila kita duduk tengah panas lama2 kulit kita menjadi hitam disebabkan
                 matahari tetapi matahari tidak perlu bersekutu/bersentuh dgn kita tetapi hanya
                 menggunakan sifat cahaya/kuasanya=B
p/s: maka akan pahamlah kita ada diri dapat mengerakkan/memberi bekas/dll tanpa perlu
      bersekutu atau bersentuh dgn yg lain darinya  bak kata:
      tiada daya dan upaya melainkan dgn ALLAH
     

 keterangan untuk memahami allah tidak sama dgn segala sesuatu/makhluk
                                sekarang terbalikkan keadaan makhuk2 tadi untuk memahami:

1:matahari: apabila diterbalikkan maka anda akan lihat A=matahari  meliputi
akan cahaya/kuasanya=B maka anda akan lihat B menjadi cahaya berupa relung
 yg tidak tembus/ruangan cahaya kosong. dan anda akan paham A=matahari
sekarang lebih besar dari sifat cahaya/kuasanya

 2: manusia/anda: apabila diterbalikkan maka anda akan  lihat A=manusia/anda
 yg matanya seperti lampu suluh meliputi akan B= sifat cahaya/melihat yg keluar itu
 maka anda akan paham B juga menjadi cahaya berupa relung yg tidak tembus

sekarang jadikan diri anda A cahaya  yg meliputi cahaya ruangan kosong B dan anak-anak panah itu adalah menunjukkan keadaan hadapan anda sedang melihat huruf B dan disebalik huruf B itu anda tetap nampak hadapan  diri
anda kembali. dan dibelakang anda tiada satu pun yg meliputi anda.. hanya diri anda yg tiada bertepi yg sedang meliputi ruangan cahaya kosong B beserta huruf B
 p/s sekarang anda akan paham diri anda tiada dimana2 pun yg wujud hanya anda yg sedang meliputi ruangan kosong beserta huruf B

                          

sebelum ada apa2 pun yg wujud hanya anda A=cahaya yg meliputi ruangan cahaya kosong..dan anak-anak
panah itu sedang menunjukkan hadapan anda yg sedang memandang hadapan anda kembali..anda tidak memerlukan cermin untuk memandang diri sendiri kerna anda meliputi sifat cahaya/melihat/kuasa anda sendiri..dan dibelakang  anda tiada yg meliputi anda ini menunjukkan anda tiada bertempat,bersandar,berdiri, dimana2  anda hanya ada didiri anda sendiri dan anda hanya berharap pada diri anda sendiri
 p/s nyata hanya nyata anda tidak bertempat sebelum ader aper2 pun



kemudian anda ciptakan bola hijau itu dgn cahaya ruangan kosong/kuasa  yg anda liputi tadi dan anda akan paham anda masih tidak berubah kemana2 pun anda tetap didiri anda juga...kemudian anda adakan orang-orang kenit yg berjalan diatas bola hijau itu dan bagi diri mereka dimana anda tentulah diatas bagi mereka walaupun mereka memandang hadapan tetapi disebalik hadapan mereka anda tetap diatas bagi mereka dan bagi anda pula bola itu dan orang2 kenit itu hanya tetap dihadapan anda dan ..anda hanya memandang mereka secara hadapan ,,,nyatalah bola hijau dan orang2 kenit itu hanya dihadapan melihat/pandangan anda dan disebalik  mereka anda tetap nampak diri anda kembali

p/s nyata hanya nyata anda masih tidak berubah kemana2 atau bertempat walaupun setelah anda jadikan orang-orang kenit itu dan bola hijau itu tempat bagi orang-orang kenit itu

memahami annur35:

Allah [Pemberi] cahaya [kepada] langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus[5], yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca [dan] kaca itu seakan-akan bintang [yang bercahaya] seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, [yaitu] pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur [sesuatu] dan tidak pula di sebelah barat [nya] [6], yang minyaknya [saja] hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya [berlapis-lapis], Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (35)

         
Allah [Pemberi] cahaya [kepada] langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus[5].......................Cahaya di atas cahaya [berlapis-lapis], Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,

cahaya pertama yg disebut adalah cahaya yg diliputi cahaya yang kedua sebab itu cahaya yg pertama itu tidak tembus untuk memahami cahaya pertama saya tunjukkan perumpamaan cahaya itu adalah cahaya kuning yg pudar diatas menjadi miksyat/lubang/relung yg tidak tembus sebab diliputi cahaya  kuning yg terang itu,,,untuk tahu apakah cahaya kuning yg terang itu nanti saya terangkan kemudian

p/s cahaya atas cahaya/cahaya meliputi cahaya.........cahaya kuning terang meliputi cahaya kuning pudar(cahaya pertama yg disebut pada ayat diatas)


.............yang di dalamnya ada pelita besar..............
bulatan merah ada pelita yg dimaksudkan yakni matahari

al-misbah adalah merujuk kepada pelita/pencetus cahaya/alat cetus cahaya ataupun bila dah paham pencetus cahaya subuh
iaitu matahari..misbah merujuk (mim= alat ,  sad,ba,ha=subuh) dan juga sabah kerna negeri sabah adalah terawal2 menerima cahya matanari(subuh) bagi malaysia


Pelita itu di dalam kaca [dan] kaca itu seakan-akan bintang [yang bercahaya] seperti mutiara,

al-misbah/matahari tadi dikelilingi bintang diatas sana dan kedua2 ini hanya umpama pelita didalam geluk kaca
atau berupa mentol sahaja dalam pandangan allah..... nak paham anda berdiri depan cermin dan  dalam jarak 5 kaki ..anda apung satu mentol ditengah2 antara anda dan cermin nanti anda akan paham anda akan nampak mentol dihadapan anda dan disebalik mentol itu anda tetap nampak diri anda kembali... dan itulah alam semesta yg hanya sebesar mentol sahaja dipandangan anda...bayangkan besar mana bumi dalam mentol itu dan sebesar mana kita pula


p/s mentol= matahari/almisbah  filemen besi dan geluk kaca adalah bintang-bintang yg meliputi matahari ...
                  tolong jgn anggap pelita yg dimaksudkan adalah pelita macam dahulu yg ada botol minyak dan sumbu api tetapi yg dimaksudkan adalah pelita didalam geluk kaca adalah mentol yakni alam semesta ibarat  sebesar mentol....

yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, [yaitu] pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur [sesuatu] dan tidak pula di sebelah barat [nya] [6], yang minyaknya [saja] hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.

almisbah= pelita/matahari/mentol ini sentiasa bernyala2 atau hidup berfungsi disebabkan  minyak pohon kayu yg berkahnya  iaitu cahaya yang kedua yakni cahaya kuning yg terang yg meliputi cahaya kuning yang pudar
minyak ini tidak dikiri tidak dikanan,tidak ditimur tidak dibarat melainkan meliputi......
untuk memahami apakah minyak pohon yg berkah/mubarakah perhatikan dalil ini

didalam an-nur:35 terdapat perkataan ini:
   شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬
manakala ibrahim:24 terdapat perkataan ini:
كَشَجَرَةٍ۬ طَيِّبَةٍ      


kedua2 kesamaannya adalah pohon yakni pohon yg mubarakah dan pohon yg toiyibah
dan didalam ibrahim:24 disebut begini firman allah:
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik [3] seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya [menjulang] ke langit, (24) 

apakah kalimah yg terpaling baik dan jika kita mati dgn mengucapnya kita akan masuk syurga
ya tidak lain dan tidak bukan ialah lailahaillah tiada kalimah yg terbaik adalah kalimah ALLAH
dan perhatikan dalam tahyad kita diayat permulaan mubarakah dan toiyibah untuk allah

setelah anda memahami maka akan pahamlah cahaya atas cahaya ...cahaya meliputi cahaya..maka  jika dilihat pada skop yg luas yakni tiada bertepi yakni tiada  berpenghujung  maka anda akan menemui satu titik..

PESANAN.....janganlah kita anggap melihat ALLAH seperti melihat relung kerna ALLAH meliputi tiap2 sesuatu dan "jgn dibayangkan" kerana ALLAH tidak sama dgn segala sesuatu